“Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah” – Ellie Suriaty Tersinggung Penggiat Seni Digelar ‘Retis’

“Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah” – Ellie Suriaty Tersinggung Penggiat Seni Digelar ‘Retis’

Oh! Artis

Ellie Suriaty tegur istilah “retis” disifatkan sebagai ejekan.


Pelakon Ellie Suriaty menerusi satu hantaran di Instagram bersuara mengenai istilah ‘retis’ yang digelar kepada golongan dalam industri kreatif.

Menerusi hantaran itu, Ellie Suriaty berpendapat istilah ‘retis’ bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh, malah membawa konotasi negatif kepada penggiat seni.

‘Retis’ disifatkan sebagai ejekan, jatuhkan maruah

Beliau turut menegaskan bahawa golongan artis tidak pernah memandang rendah pekerjaan orang lain dam mengharapkan perkara sama daripada masyarakat.

Ellie Suriaty

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju bahawa istilah tersebut sering digunakan dalam nada sinis atau memperlekehkan.

Namun, ada juga yang berpendapat ia sekadar bahasa slanga tanpa niat menghina, bergantung kepada konteks penggunaan.

Pssttt! Kadang-kadang kita guna sesuatu perkataan tanpa fikir kesannya pada orang lain. Mungkin bagi kita “retis” nampak biasa, tapi bagi mereka yang berada dalam industri, ia boleh menyentuh maruah dan usaha mereka. Hormat itu penting, tak kira apa jua bidang kerja. Jadi, mungkin sudah tiba masanya kita lebih peka dengan setiap kata yang digunakan.

Kredit: Instagram Ellie Suriaty
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top