Ekonomi negara berisiko terjejas jika Sarawak ambil alih kawalan minyak dan gas – Tun Mahathir

Ekonomi negara berisiko terjejas jika Sarawak ambil alih kawalan minyak dan gas – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan ekonomi negara dan Sarawak berisiko terjejas sekiranya negeri itu meneruskan usahanya untuk mengambil alih kawalan ke atas sumber minyak dan gas.

Menurut laporan Malaysia Kini, perkara tersebut dimaklumkan Tun Mahathir menerusi satu wawancara bersama Free Malaysia Today, baru-baru ini.

Ekonomi negara

Ekonomi negara

“Negara akan rugi jika rundingan antara kerajaan persekutuan dan negeri diteruskan seperti sekarang,” katanya.

Tegas beliau, Sarawak sepatutnya mengutamakan kepentingan nasional dan dasar negara memandangkan negeri itu sebahagian daripada persekutuan.

“Ketika Sarawak berada bawah pemerintahan British, adakah mereka membina menara berkembar? Mereka sangat miskin. British mengambil semua hasil mereka,” katanya.

Walaupun mengakui Sarawak mungkin berhak memperoleh lebih banyak hasil daripada minyak dan gas di wilayahnya, Tun Mahathir memberitahu bawaha kekayaan sumber semata-mata tidak menjamin kemajuan.

Artikel lain: Isu Petronas-Petros panas! PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan

Ekonomi negara

Sebaliknya, menurut beliau, kemakmuran sesebuah negeri lebih bergantung kepada cara pentadbiran yang cekap seperti mana yang dibuktikan oleh Petronas.

Kerajaan Sarawak sebelum dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikat PETRONAS, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), atas dakwaan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, kerajaan negeri mendakwa sebuah loji kendalian PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) yang menyentuh aktiviti pembinaan, penyelenggaraan serta pengurusan saluran paip dan peralatan gas asli, telah beroperasi tanpa permit sah di bawah undang-undang.

PETRONAS turut mengesahkan anak syarikatnya, PCSB menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April lalu, berhubung pemprosesan dan pengedaran gas.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan secara baik melalui perbincangan lanjut dengan Premier Sarawak, Abang Johari Openg.

Beliau menekankan komitmen terhadap prinsip-prinsip yang telah dipersetujui sebelum ini dan menggesa semua pihak untuk tidak mengambil tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Sumber: Malaysia Kini

Scroll to Top