Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

Meskipun Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah melabuhkan tirainya pada malam tadi, namun rata-rata peminat masih belum ‘move on’ dengan persembahan Marsha menerusi lagu Hening Rindu.

Menyifatkan persembahan yang diberikan penyanyi asal Sabah itu sebagai menyentuh emosi dan nyanyiannya dikatakan lebih berjiwa, warganet mengaku AJL39 kali ini adalah yang paling terbaik.

Malah,  ramai peminat mengaku bahawa persembahan Marsha di AJL39 kali ini adalah yang terbaik dek kerana tidak fokus menyanyikan high note dari mula persembahannya.

Pada malam tadi, lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh berjudul, Hening Rindu nyanyian Marsha akhirnya dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39).

Kemenangan ini sekaligus menjadi bukti bahawa pengorbanan menjadi anak seni selama 20 tahun berbaloi untuknya.

Bahkan, gelaran juara AJL39 ini juga  melayakkannya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi.

Scroll to Top