Elak Terkena Sihir, Fedtri Yahya Pesan Jangan Patah Balik Ambil Air Yang Tertinggal

Elak Terkena Sihir, Fedtri Yahya Pesan Jangan Patah Balik Ambil Air Yang Tertinggal

Oh! Artis

Fedtri Yahya berkata, air boleh jadi penawar tapi boleh juga jadi medium untuk sihir.


Hos dan personaliti TV terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi satu pesanan yang wajar dijadikan peringatan bersama.

Dalam satu hantaran di TikTok, beliau berpesan supaya jangan sesekali berpatah balik untuk mengambil air yang tertinggal, terutama di tempat yang ada persaingan seperti tempat kerja dan gelanggang sukan.

“Air ni antara medium yang banyak digunakan untuk sihir”

Pengacara ini menjelaskan bahawa air boleh menjadi medium bagi tujuan tidak baik termasuk unsur mistik atau sihir.

Saya nak kongsi hari ini pesan yang penting, kalau kita tertinggal air di satu tempat tak payah patah balik untuk ambil air tu. Terutama dah tinggal lama di kawasan yang ada persaingan macam pejabat ke, gelanggang ke sebab air ni dah tinggal kan? Mungkin lah orang ada letak sesuatu sama ada yang bahaya ke, memabukkan ke atau yang lebih dahsyat ada unsur-unsur mistik. Dah dimasukkan sihir, kita pun minum.

Tambahnya lagi, langkah terbaik adalah dengan sentiasa berdoa dan memperkuatkan keimanan agar terlindung daripada perkara yang tidak baik.

Pssttt! Nasihat yang dikongsikan oleh Fedtri ni memang patut diambil serius. Kadang-kadang benda nampak kecil je, macam air minuman tapi boleh jadi pintu kepada bahaya yang tak disangka.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top