Pempengaruh media sosial, Elcah menafikan sahabat baiknya iaitu penyanyi Syada Amzah yang didakwa cuba memecah belahkan rumah tangganya dengan suami.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Elcah menjelaskan bahawa penyanyi Syada Amzah bukan individu yang menganggu rumah tangganya.
BACA:Syada Amzah Didakwa Perosak Rumah Tangga Pempengaruh, Siap Ajak Masuk ‘Club’

Menurutnya, Syada sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan dengan individu digelar SA dan penyanyi itu cuba untuk membantunya namun ada pihak yang salah faham,
“Dekat sini saya nak bersihkan nama kawan baik saya, Syada Amzah saya rasa mungkin ada salah faham disini.
“Mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan. SA ADALAH SI POLAN bukan Syada Amzah jadi dan saya rasa ramai pun tahu Syada cuba bantu kami berdua tapi ada beberapa pihak salah faham.
“Saya disini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah salah faham. Hal ni yang orang cuba jadikan Syada orang tengah tapi ada yang salah faham,” katanya.
Terdahulu, suami Elcah iaitu Afi Hamri mendakwa penyanyi itu cuba porak perandakan rumah tangganya dengan isteri. Afi turut mendakwa Syada turut pernah mengajak Elcah ke kelab malam untuk ‘tenangkan fikiran’.