Peminat Ratu Rock negara, Ella nampaknya bakal disajikan dengan sebuah konsert yang penuh emosi dan sejarah apabila penyanyi legenda itu kembali ke negeri kelahirannya menerusi Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru.
Lebih menarik, konsert besar itu akan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dengan harga tiket serendah RM39 sahaja!
Ella kembali ke Pulau Pinang sempena ulang tahun ke-60

Konsert ini dilihat cukup istimewa kerana ia bukan sekadar persembahan biasa, tetapi simbolik kepada kepulangan Ella ke negeri asalnya selepas hampir empat dekad mengukir nama dalam industri muzik tanah air.
Malah, penganjuran ini turut bertepatan dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada bulan Julai nanti.
Apa yang lebih mengujakan, Ella juga bakal mencipta sejarah sebagai artis pertama yang mengadakan konsert solo di Stadium Batu Kawan.
Konsert bawa mesej “Peace. Love. Rindu.”

Majlis Tertinggi Rockqueen Ella kali ini turut tampil dengan mesej yang lebih besar menerusi kempen Peace. Love. Rindu.
Setiap pemegang tiket akan diberi peluang memilih badan kebajikan pilihan mereka iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang bagi kategori Peace, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk Love dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair bagi kategori Rindu.
Sebanyak RM2 daripada setiap tiket yang dijual akan disalurkan kepada badan kebajikan yang dipilih.
Peminat lama dapat akses awal tiket
Bagi peminat yang pernah hadir ke Majlis Tertinggi Rockqueen Ella di Kuala Lumpur sebelum ini, mereka turut menerima keistimewaan apabila pemegang tiket Aras 3 terdahulu diberikan akses awal pembelian tiket bermula 8 Mei 2026.

Mereka juga bakal menikmati diskaun khas untuk kategori tertentu. Jualan tiket umum pula akan mula dibuka secara rasmi pada 11 Mei 2026 menerusi laman web rasmi www.hitmanlive.com.
Dalam pada itu, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menyifatkan konsert ini sebagai refleksi kepada perjalanan seninya yang panjang selain peluang untuk terus berkongsi mesej Peace. Love. Rindu. kepada peminat.
Beliau turut mengakui kepulangan ke Pulau Pinang merupakan satu momen yang sangat dekat di hatinya kerana dapat kembali ke tempat asal dan bertemu peminat setia yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya sejak awal.
Pssttt! Bukan semua artis mampu kekal relevan dan terus disayangi selepas puluhan tahun dalam industri. Tapi Ella membuktikan muzik, keikhlasan dan hubungan dengan peminat adalah kekuatan sebenar seorang legenda. Konsert ini pasti jadi detik yang cukup emosional buat peminat setia Ratu Rock negara.
Kredit: Hitman Solutions
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




