Penyanyi Ella mendedahkan dia pernah dimarahi netizen hanya memakai anak tudung. Malah, Ella mengakui dia selesa dengan gaya tersebut namun dia menggayakan mengikut acara yang sesuai.
Memetik mStar Online, Ella berkata ada netizen yang mempersoalkan gayanya itu namun mungkin mereka tidak tahu selesa apabila memakai anak tudung sahaja.
BACA: Amy Search, Ella Kini Bergelar Haji, Hajah
“Sebelum ini ada netizen yang marah sangat dengan saya apabila mempersoalkan kenapa nak pakai anak tudung sahaja? Mungkin netizen pelik tetapi mereka tak tahu betapa selesanya pakai anak tudung sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ella berkata baginya gaya tersebut masih dikira sebagai menutup aurat dan mudah bergerak apabila membuat persembahan.
“Bagi saya, pertama sekali gaya ini sangat ringkas dan masih menutup aurat. Tambah pula waktu saya buat persembahan memang senang untuk bergerak. Tapi saya masih menggayakan tudung seperti biasa mengikut kesesuaian acara tertentu,” katanya.
Sumber: mStar Online