Oh! Artis
Elliza Razak dedah diganggu kerana isu hutang bekas suami. Nafkah anak pun dah empat bulan tak bagi.
Penyanyi dan pelakon Elliza Razak merayu agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan masalah hutang bekas suami. Menurut Elliza, dia sudah tidak ada hubungan dengan lelaki tersebut selepas sah bercerai.
Saya sudah bercerai dan saya tak ada kena mengena lagi dengan bekas suami saya. Saya sendiri pun tak tahu dia tinggal di mana sekarang. Tolong jangan cari saya lagi. Saya tak tahu apa-apa tentang hutang dia.- Katanya di Instagram.
Elliza turut berkongsi rasa tertekan kerana sering menerima mesej daripada individu yang mencari bekas suaminya.
Haritu saya terima banyak mesej daripada orang yang mencarinya lagi. Nada mesej pun dah macam Ahlong menuntut hutang. Ya Allah tolonglah jangan ganggu ketenteraman saya.- Luahnya.
Elliza Razak dedah bekas suami dah empat bulan tak bagi nafkah anak…
Bukan sekadar isu hutang, Elliza turut dedah bekas suami culas beri nafkah anak-anak. Jelas Elliza, tujuannya muat naik kenyataan itu bukan untuk raih simpati tapi demi lindungi diri dan anak-anak.
Hutang saya pun dia buat bodoh je. Nafkah anak pun tak bagi selama empat bulan dah.- Katanya lagi.
Sebelum ini, Elliza pernah dedahkan dia melalui tekanan emosi sepanjang perkahwinan termasuk jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2011 hingga tahun lalu.

Pssttt! Bila seseorang dah keluar dari hubungan toksik, jangan pula dia terus dibayangi masalah lama. Dalam kes Elliza, dia hanya nak hidup tenang dengan anak-anak tanpa diganggu hutang orang lain. Jadi tolonglah hormat dan faham, jangan bebankan lagi orang yang dah cukup terluka. Kita kena adil, bukan tambah tekanan.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!