KUALA LUMPUR: Pelakon, Elly Arifin mendedahkan tindakan seorang individu yang masih berhutang dengannya.
Menurut Elly, individu berkenaan menghilangkan diri dan gagal dijejaki sehingga ke hari ini.
“Bukan main buat majlis besar, skali tak bayar dan berhutang dengan saya lepas event itu RM4,400 dan kawan saya RM3,000 terus hilang,” kongsinya menerusi Threads.
Jelas Elly lagi, individu berkenaan memberikan seribu alasan namun masih gagal melangsaikan hutangnya sehingga ke hari ini.
“Putar sana putar sini. Pergi bercuti Bali dan dandan rambut boleh pula. pathetic!” ujarnya.




