Elon Musk Berminat Untuk Beli Juara Satu Kali EPL, Liverpool FC | Oh! Media

Elon Musk Berminat Untuk Beli Juara Satu Kali EPL, Liverpool FC | Oh! Media

Tidak pasti sama ada khabar angin atau cerita benar, CEO Tesla, Elon Musk dikatakan berminat untuk beli kelab Liverpool FC.

Perkara tersebut dikongsikan oleh bapa kepada CEO Tesla itu, Errol Musk dalam satu temu ramah bersama Times Radio.

Oh ya, tetapi tidak bermakna dia akan membelinya.

Dia berminat, ya, jelas semua orang mahu membelinya, begitu juga saya. Saya tak boleh komen tentang itu. Mereka akan menaikkan harga.

Pemilik Liverpool tiada perancangan untuk lepaskan kelab itu

Elon Musk

Pemilik The Reds semenjak 2010, Fenway Sports Group (FSG) tidak menunjukkan tanda untuk melepaskan Liverpol yang kini berada di tangga pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam masa yang sama FSG juga ada menerima pelaburan dari firma Amerika Syarikat, Dynasty Equity yang membeli saham minoriti Liverpool FC pada dua tahun lepas.

Benar atau hanya sekadar khabar angin

Elon Musk

Walaupun bapa Elon Musk mengesahkan anaknya berminat terhadap kelab itu, ianya masih belum dapat mengesahkan sama ada pembelian itu akan berlaku atau tidak.

Neneknya dilahirkan di Liverpoool dan kami mempunyai saudara mara di sana. Kami juga mengenali anggota The Beatles kerana mereka membesar bersama beberapa ahli keluarga kami.

#OhmediaNasihat

Bila dengar berita macam korang perlu bertenang dan jangan mudah percaya dengan spekulasi yang belum disahkan, walaupun datang daripada sumber yang dipercayai.

Scroll to Top