Sejak beberapa hari lepas tular dakwaan yang mengatakan Tesla akan melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan nama Tesla Model Pi 5G. Biar betul?
Bukan tu jer, telefon ini juga didakwa menawarkan ciri-ciri luar biasa seperti pengecasan cahaya matahari, sambungan terus ke satelit Starlink, langganan percuma platform X, dan perlindungan data peribadi yang canggih.
Lebih mengejutkan, harga telefon ini dikatakan sangat mampu milik iaitu hanya $299 (RM1,016) sahaja.
Ini jawapan Elon Musk

Walau bagaimanapun, CEO Tesla iaitu Elon Musk menafikan dakwaan tersebut. Katanya lagi, mereka masih tiada perancangan untuk menghasilkan telefon pintar setakat ini.
Ia bukan sesuatu yang kami mahu lakukan, melainkan kami terpaksa melakukannya.
Kenyataan ini sekaligus menjelaskan bahawa khabar angin tentang pelancaran Tesla Model Pi 5G hanyalah spekulasi semata-mata.
Ramai teruja walaupun berita ini dinafikan

Walaupun berita ini dinafikan, ramai pengguna masih teruja dengan idea sebuah telefon pintar yang dilengkapi teknologi futuristik seperti ini. Namun, sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Tesla, kita hanya boleh menganggap ia sebagai imaginasi kreatif peminat teknologi.
#OhmediaNasihat
Spekulasi seperti ini memang menarik, tetapi kita perlu bijak menilai sumber berita sebelum mempercayainya. Elakkan menyebarkan maklumat yang belum sahih bagi mengelakkan kekeliruan. Sementara itu, siapa tahu jika Tesla benar-benar menghasilkan telefon pintar suatu hari nanti? Tunggu dan lihat!
