Oh! Artis
Elyana masih kuat melawan kanser limfoma tahap empat sejak 2010 dan kongsi luahan menyentuh hati di Instagram.
Perjalanan panjang Elyana melawan kanser limfoma tahap empat kembali menjadi perhatian ramai selepas penyanyi itu memuat naik satu perkongsian yang cukup menyentuh emosi di Instagram.
Sejak disahkan menghidap penyakit tersebut pada tahun 2010, Elyana tidak pernah berhenti berjuang dan terus berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka sebagai inspirasi kepada orang lain.
Dalam perkongsian terbaharu itu, Elyana memberi bayangan seolah olah sudah memahami perjalanan hidupnya, namun masih berharap diberikan masa untuk terus menikmati kehidupan.
Luahan penuh makna di Elyana

Sebenarnya aku sudah paham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama, menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan.- Luahnya.
Menerusi perkongsian sama, Elyana turut memuat naik gambar dirinya sedang duduk di atas katil hospital yang dipercayai ketika menjalani rawatan kemoterapi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat serta rakan selebriti yang menitipkan doa dan kata kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian kanser limfoma tahap empat itu.
Elyana berjuang lawan kanser sejak 2010

Untuk rekod, Elyana sebelum ini pernah berkongsi dirinya menghidap kanser limfoma dan telah melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi sepanjang tempoh tersebut.
Malah, beliau juga sering berkongsi perkembangan kesihatannya secara terbuka supaya dapat memberi kesedaran dan kekuatan kepada pesakit lain yang senasib.

Walaupun berdepan cabaran kesihatan yang berpanjangan, Elyana tetap menunjukkan sikap positif dan tidak pernah berhenti menyebarkan mesej ketabahan kepada orang ramai.
Perkongsian terbaharunya jelas menggambarkan ketenangan serta penerimaan terhadap takdir, dalam masa sama memperlihatkan keinginannya untuk terus menghargai setiap detik kehidupan yang masih ada ketika melawan kanser limfoma tahap empat.
Pssttt! Ohmedia harap korang jadikan kisah Elyana ini sebagai peringatan supaya lebih menghargai kesihatan dan masa bersama orang tersayang. Kadang kadang dalam ujian besar, di situlah kita belajar erti kuat yang sebenar.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




