Emma Maembong Dan DJ Kidd Dilihat Mesra Bersama | Oh! Media

Emma Maembong Dan DJ Kidd Dilihat Mesra Bersama | Oh! Media

Sebelum ini, nama pelakon Emma Maembong dikaitkan dengan seorang DJ kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd. Terkini, DJ Kidd sendiri telah berkongsi gambar mesra dirinya bersama Emma dan anak, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.

“Love you guys” – DJ Kidd.

Dalam gambar yang dikongsi, Emma dilihat berdiri di sisi DJ Kidd bersama dua individu lain yang dipercayai rakan mereka. Namun, yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas dari DJ Kidd.

DJ Kidd turut memuat naik video dirinya mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak bongsu Emma, Shakil Aryan Shah, ketika berada di sebuah zoo.

DJ Kidd pernah luah perasaan pada Emma Maembong…

Bukan kali pertama nama mereka dikaitkan, pada Januari lalu, DJ Kidd secara terbuka mengakui bahawa Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, sudah ‘berada di dalam hatinya’.

Sebelum ini juga, timbul spekulasi mengatakan Emma telah mendirikan rumah tangga dengan seorang DJ selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Namun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai perkara tersebut.

#ApaKataOhmedia

Spekulasi dan gosip dalam dunia hiburan memang tak pernah surut, tapi sebagai peminat, penting untuk kita tidak membuat andaian melulu.

Sekarang ni ada yang kata nak Emma dengan Zizan Razak la, apa la, apapun kita hormati privasi selebriti dan elakkan menyebarkan berita yang belum disahkan. Doakan sahaja yang baik-baik ok.


Scroll to Top