Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui tidak mudah untuk melalui proses berpantang tanpa kehadiran bayinya selepas mengalami keguguran.
Menerusi sebuah video, Watie secara terbuka memaklumkan dirinya sukar mengawal emosi yang tidak stabil setelah kehilangan anak pertama dalam kandungan hasil perkahwinan bersama Shuib.
“Hari yang kelima (Jumaat) berpantang tanpa baby, bila berpantang tanpa baby ini perasaan kita, mood kita tak menentu,” katanya.
Dalam video sama juga, Watie turut sempat mengucapkan terima kasih kepada netizen yang tidak henti menitipkan kata-kata semangat serta doa agar dirinya terus tabah mengharungi ujian tersebut.
“Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang text, call. Walaupun saya tak boleh nak reply, yang komen, yang beri sokongan moral.. Terima kasih banyak-banyak,” katanya lagi.
Pada Rabu lalu, Watie atau atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata dia sudah merasai petanda awal ‘bintang kecil’ yang dikandungnya itu tidak akan bersama lama.
@shuibsepahtu Terima kasih yang mendoakan Mummy @Watie Hanifiah #sunnahloka
Sekadar info, Watie dan Shuib telah sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023.
Artikel Berkaitan: Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”