Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 93)
Pada suatu hari, Az-Zuhri keluar menuju Hisham bin Abdul Malik. Beliau berkata: Aku tidak lihat seperti hari ini, dan aku tidak pernah mendengar seperti 4 ayat yang disebut oleh seorang lelaki di hadapan Hisham.
Beliau masuk menujunya dan berkata:
Wahai Amir al-Mukminin! Pelihara dariku 4 ayat yang menjadi kebaikan untuk kerajaanmu dan rakyatmu akan kekal baik.
Hisham berkata: Sebutkan.
Lelaki itu berkata: Engkau jangan berjanji satu perkara yang engkau tak yakin dirimu dapat melaksanakannya.
Engkau jangan tertipu dengan tempat naik yang tinggi, sekalipun mudah, jika cerunnya adalah tanah keras dan membahayakan.
Ketahuilah bahawa setiap amalan itu ada balasan. Maka takutilah kesan akhirnya.
Setiap perkara itu ada kejutannya. Maka berhati-hatilah
Isa bin Da’b berkata: Aku menyebutkan ayat-ayat ini, dan pada tangannya ada satu suapan yang diangkat ke mulutnya, lalu ditahannya. Dia berkata: Apa itu! Ulang kepadaku.
Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Habiskan kunyahanmu.
Jawabnya: Apa yang kamu sebut lebih aku sukai.
ZahrulAdab, Al-Qairawani 4/926
Kita dapat melihat betapa orang soleh terdahulu seringkali menasihati pemimpin, membimbing mereka, memandu hidup dengan kata-kata nasihat yang baik.
Perkataan mereka ibarat ubat yang pahit tetapi sangat mujarab. Nasihat mereka punya makna yang sangat mendalam. Apa yang mereka sampaikan bukan sekadar ingatan kepada pemimpin, tetapi juga baik untuk diambil perhatian oleh semua orang.
Empat ayat di atas wajar diteliti oleh kita semua, terutama di akhir zaman ini yang penuh cabaran, dugaan dan kelalaian terhadap dunia yang terbentang di hadapan mata. – HARAKAHDAILY 14/2/2024
Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.








