
Atlet-atlet Paralimpik negara ceria sambil menunjukkan sampul wang tajaan pada Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sempena Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di
Pusat Kecemerlangan Paralimpik, hari ini. – Foto Bernama
MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) kekal menaruh harapan untuk melihat kontinjen negara menuai empat pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, empat emas bukan lah sasaran rasmi tetapi merupakan matlamat yang ditetapkan untuk bekerja keras bagi mencapai harapan itu.
Tanpa memaklumkan sukan yang menjadi sandaran, Megat berkata empat emas adalah jumlah yang realistik berdasarkan persembahan barisan atlet sepanjang tahun ini antaranya pada temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022, Oktober lepas dan di Kejohanan Dunia.
“Empat emas adalah objektif yang kami tengok realistik untuk kami capai, kami nak kumpulkan 10 pingat emas daripada Sukan Paralimpik (selepas pencapaian tiga emas masing-masing di Rio 2016 dan Tokyo 2020).



