
Angkatan tentera Iran mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan AS dan Israel. Foto Agensi
ISTANBUL – Angkatan tentera Iran pada Ahad mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas negara itu yang bermula sehari lepas, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Fars.
Menurut satu kenyataan bahawa kesemua pegawai berkenaan menjadi sasaran ketika sedang menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan.
Menurut kenyataan itu, mereka yang terkorban dalam serangan berkenaan ialah Ketua Turus Abdolrahim Mousavi, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mohammad Pakpour, Setiausaha Majlis Pertahanan Ali Shamkhani, dan Menteri Pertahanan serta Logistik Angkatan Tentera Aziz Nasirzadeh.
Pihak tentera memaklumkan bahawa nama komander lain yang turut terkorban akan diumumkan kemudian.
Terdahulu, pihak berkuasa Iran telah mengesahkan kematian Shamkhani dan Pakpour.
Selain komander kanan berkenaan, Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei turut terbunuh dalam serangan itu. Susulan kejadian, tempoh berkabung selama 40 hari telah diisytiharkan dan sebuah majlis interim telah dilantik sehingga pengganti baharu dipilih. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Angkatan tentera Iran mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel
- Pegawai berkenaan menjadi sasaran ketika sedang menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan
- Yang terkorban termasuk Ketua Turus Abdolrahim Mousavi, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam Mohammad Pakpour, Setiausaha Majlis Pertahanan Ali Shamkhani, dan Menteri Pertahanan serta Logistik Angkatan Tentera Aziz Nasirzadeh
- Pihak tentera akan mengumumkan nama komander lain yang turut terkorban kemudian
- Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei turut terbunuh dan tempoh berkabung selama 40 hari diisytiharkan



