EMPAT cara seseorang respon apabila diuji. Kita yang mana? Ayuh kita bermuhasabah.
1. Marah.
Ini adalah sesuatu yang boleh dirasai di dalam hati, seperti apabila seseorang itu marah kepada Tuhannya dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya, yang boleh membawa kepada kekufuran, sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud;
Advertisement
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.”
(al-Hajj: 11)
Mungkin juga dizahirkan kemarahan menerusi lisannya seperti, ‘celaka saya’ atau seumpamanya;
Atau ia boleh dizahirkan melalui tindakan fizikal seperti menampar pipi, mengoyakkan pakaian, mencabut rambut, dan sebagainya.
2. Sabar.
Seseorang mungkin mendapati sesuatu yang membebankan dan tidak menyukainya, tetapi dia menanggungnya dengan sabar dan tabah.
Sama ada sesuatu berlaku atau tidak adalah tidak sama baginya; sebaliknya dia tidak menyukai apa yang dia alami dalam kesusahan, tetapi imannya melindunginya daripada rasa tidak puas hati.
3. Redha, lebih tinggi dari sabar.
Redha adalah penerimaan sama ada di waktu senang dan susah bagi seseorang, dia menerima kedua-duanya dengan kehendak dan ketentuan Allah, walaupun dia mungkin berasa sedih apabila ditimpa musibah, kerana dia adalah seorang yang menerima kehendak dan ketetapan Ilahi; apa sahaja kehendak dan ketetapan Ilahi, dia akan menerimanya.
4. Syukur, tingkatan paling tinggi.
Seseorang itu bersyukur (bukan bermakna dia gembira dengan musibah yang menimpanya) kepada Allah atas apa-apa musibah yang menimpanya, dan dengan itu termasuk dalam golongan hamba Allah yang bersyukur.
Apabila dia menyedari bahawa ada musibah yang lebih besar daripada apa yang menimpanya, dan musibah yang menjejaskan kepentingan dunianya lebih mudah ditanggung daripada musibah yang menjejaskan iltizam agamanya, dan azab di dunia lebih mudah dipikul daripada azab di akhirat, dan agar musibah ini menjadi penghapus dosanya dan menambah hasanatnya, maka dia akan bersyukur kepada Allah atas hal itu.
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada kekhuatiran, kesedihan atau apa pun yang menimpa seorang mukmin melainkan itu menjadi kafarat baginya, bahkan duri yang menusuknya.”
(Bukhari dan Muslim)
Bukannya orang yang gembira itu adalah orang yang bersyukur tetapi ianya adalah orang yang bersyukur itu yang gembira.
Ayuh kita semua berusaha mencapai tingkatan tertinggi dan semoga Allah kurniakan kepada kita Sabrun Jamil. Allahuma Ameen.
FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 10/4/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.