
Empat lelaki terbunuh dalam serangan tentera AS ke atas bot yang disyaki membawa penyeludup dadah di Caribbean – Foto: Agensi
WASHINGTON – Empat lelaki terbunuh pada Rabu dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas bot yang disyaki membawa penyeludup dadah di Caribbean, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik tentera AS.
Menurut Komando Selatan AS (SOUTHCOM) “empat pengganas narkotik lelaki” terbunuh dalam “serangan kinetik maut” ke atas kapal yang didakwa AS “sedang transit di sepanjang laluan pengedaran narkotik yang diketahui di Caribbean dan terlibat dalam operasi pengedaran narkotik.”
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Presiden AS, Donald Trump telah berulang kali mengarahkan serangan ke atas bot di Caribbean dan timur Pasifik sebagai usaha menghentikan penyeludupan dadah rentas sempadan.
Menurut pengkritik, serangan maut di perairan antarabangsa melanggar undang-undang antarabangsa.
Angka rasmi menunjukkan lebih 130 orang telah terbunuh. – Bernama
Ringkasan AI
- Empat lelaki terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat ke atas bot yang disyaki membawa penyeludup dadah di Caribbean
- Serangan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha menghentikan penyeludupan dadah rentas sempadan
- Menurut Komando Selatan AS, empat pengganas narkotik lelaki terbunuh dalam serangan kinetik maut
- Presiden AS Donald Trump telah berulang kali mengarahkan serangan ke atas bot di Caribbean dan timur Pasifik
- Pengkritik menyatakan serangan maut di perairan antarabangsa melanggar undang-undang antarabangsa



