Enam ditahan samun bersenjata

Enam ditahan samun bersenjata

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Enam individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit dalam jenayah samun bersenjatakan pisau di Jalan Plumbum, Seksyen 7 pada Isnin lalu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, mangsa wanita warga Indonesia mengalami kerugian kira-kira RM500.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis berkenaan kejadian itu pada 2.30 petang, hari yang sama.

“Kejadian berlaku ketika mangsa berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah di kawasan lorong tempat tinggalnya.

“Kira-kira jam 9 malam hari sama, polis berjaya menangkap enam individu termasuk seorang wanita tempatan, selain menyita kenderaan Perodua Axia bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top