Enam maut nahas helikopter di perairan Qatar

Enam maut nahas helikopter di perairan Qatar
Enam maut nahas helikopter di perairan Qatar

Tiada petunjuk bahawa insiden itu berpunca daripada tindakan bermusuhan. – Gambar hiasan

ISTANBUL – Kementerian Dalam Negeri Qatar pada Ahad berkata enam daripada tujuh individu yang dilaporkan hilang selepas kemalangan helikopter di perairan negara itu ditemukan maut, lapor Anadolu Ajansi.

Kenyataan kementerian itu memaklumkan operasi mencari dan menyelamat yang berterusan membawa kepada penemuan enam individu yang berada dalam pesawat berkenaan, sekali gus mengesahkan kematian mereka.

Pihak berkuasa berkata, pasukan khas masih meneruskan usaha intensif untuk mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kemalangan atau identiti mereka yang berada di dalam helikopter tersebut.

Sebelum ini pada Ahad, Kementerian Pertahanan Qatar memaklumkan sebuah helikopter mengalami “kerosakan teknikal” semasa misi rutin sebelum terhempas di perairan negara itu.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai punca selain kerosakan teknikal dan tiada petunjuk bahawa insiden itu berpunca daripada tindakan bermusuhan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan serantau meningkat.

Qatar dilaporkan berdepan beberapa serangan dron dan peluru berpandu Iran sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari dengan Bandar Perindustrian Ras Laffan, antara hab pengeluaran LNG terbesar dunia, turut diserang beberapa kali. – Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Enam daripada tujuh individu yang dilaporkan hilang selepas kemalangan helikopter di Qatar ditemukan maut
  • Operasi mencari dan menyelamat masih berlangsung untuk satu mangsa lagi yang masih hilang
  • Kementerian Dalam Negeri Qatar tidak menjelaskan punca kemalangan atau identiti mangsa
  • Helikopter tersebut dilaporkan mengalami kerosakan teknikal semasa misi rutin sebelum terhempas
  • Insiden tersebut berlaku dalam konteks ketegangan serantau yang meningkat, termasuk serangan terhadap Qatar sejak serangan AS dan Israel ke atas Iran
Scroll to Top