Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Penyanyi dan usahawan, Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Kata Nubhan atau nama lengkapnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri bagi menghormati banyak pihak, namun keadaan menjadi semakin tidak terkawal sehingga mengganggu kehidupannya.

Malah, isu tersebut turut meninbulkan kebencian terhadapnya.

“Sebenarnya terlalu banyak fitnah yang berlaku sebelum ini. Banyak sangat fitnah.

“Jadi benda itu telah menimbulkan banyak kebencian kepada saya.

“Saya banyak diam sebelum ini. Tapi makin saya diam makin menjadi-jadi pula,” katanya.

Pelantun lagu Ada Untukmu itu berkata demikian ketika ditemui usai prosiding pelanggaran kes komital terhadap bekas isterinya, Dr Afifah yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Enggan terus berdiam diri, Nubhan menjelaskan tindakannya itu bukanlah disebabkan takut atau berada di pihak yang salah.  Namun, mahu menggunakan saluran yang betul untuk membersihkan namanya semula.

“Bila berdiam, mungkin orang ingat saya takut, mungkin orang ingat saya salah.

“Saya menggunakan saluran ini untuk mempertahankan dan membersihkan balik nama saya.

“Tapi dalam masa sama saya masih menghormati banyak pihak yang perlu saya jaga, sebab itu sebelum ini saya pilih untuk berdiam,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Nubhan menegaskan dia tidak berniat untuk membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya mahu memastikan keadaan tidak terus diputar belit oleh mana-mana pihak.

Sebelum ini, prosiding komital pelanggaran perintah mahkamah berkenaan didengar di hadapan pendaftar, Dr Shanizah Ngatiman.

Nubhan diwakili peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala Afifah diwakili peguam syarie Nor Hazura Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sambungan prosiding kes tersebut.

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Scroll to Top