Enggan Fatima Jadi ‘Broken’, Puteri Balqis Akui Terkesan Dengan Nasib Anak Fazura – “Dia Dilahirkan Dalam Keluarga Penyayang”

Enggan Fatima Jadi ‘Broken’, Puteri Balqis Akui Terkesan Dengan Nasib Anak Fazura – “Dia Dilahirkan Dalam Keluarga Penyayang”

“Saya tidak mahu Fatima jadi ‘broken’,” demikian kenyataan pelakon remaja, Puteri Balqis yang sebelum ini pernah menulis surat terbuka kepada anak bekas pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Balqis berkata dia menulis surat itu kerana mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya terdahulu yang juga pernah melalui pengalaman ibu bapa berpisah.

“Ya, saya tulis surat itu ada kaitan dengan kisah sebelum saya. Saya sudah melalui banyak perkara. Jadi, saya tidak mahu Fatima jadi ‘broken’ sebab dia dilahirkan dalam keluarga yang sangat menyayanginya.

“Saya tidak ada hak untuk komen apa-apa. Saya cuma bagi perspektif sebagai seorang anak saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian Rampas Cintaku ini turut mengakui jiwanya berada dalam kesedihan namun dia memilih untuk meluahkan rasa duka tersebut melalui tulisan puisi.

“Ya, saya terkesan. Sebelum ini, saya tidak dapat peluang untuk melindungi ibu sendiri, sekarang baru dapat. Saya berasa melankolik (sedih).

“Jiwa saya banyak sangat ke arah kesedihan tetapi bukanlah yang jenis berkurung semua itu. Saya tidak suka kongsikan perasaan saya dan sebab itu, saya luahkan dalam penulisan puisi saya. Saya cuma kongsi kepada orang terdekat sahaja.

Artikel Berkaitan:  Tuju Puisi ‘Broken Child’ Buat Fatima, Fazura Titip Pujian & Kata Semangat Buat Puteri Balqis  – “Wise Words From Such  A Young & Brilliant Lady”

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top