Engku Emran harap Syed Saddiq kongsi data Strava larian 200km -“Ramai derma duit”

Engku Emran harap Syed Saddiq kongsi data Strava larian 200km -“Ramai derma duit”

Engku Emran harap Syed Saddiq kongsi data Strava larian 200km yang dilaksanakan tempoh hari dari Muar ke parlimen sebagai bukti ia melakukan hal tersebut dengan telus.

Hal berkenaan dinyatakan Engku Emran menerusi ruangan komen ahli parlimen Muar susulan permohonan maaf beliau berhubung isu triatlon di Johor Bahru minggu lepas.

Maaf diterima tapi kena telus

Dalam komen tersebut, bekas suami kepada usahawan, Noor Nabila ini menyatakan Syed Saddiq perlu menunjukkan data Strava yang sudah direkodkan sepanjang larian 200km yang dilakukan tempoh hari agar orang ramai percaya dengan apa yang telah dilakukan.

“Hello Budak Boy D Coy ambilan 2008. Permohonan maaf diterima. Tapi anda perlu berkongsi data Strava bagi larian 200km juga.
“Saya percaya perkara tersebut lebih utama memandangkan ia melibatkan kredibiliti kerana orang ramai menyumbangkan wang,” tulis Engku Emran.

Engku Emran tak kisah jika ada yang menipu sebab mereka bayar yuran, tapi…

Dalam pada itu, ahli perniagaan tersebut turut memuat naik satu hantaran di Instagram menyatakan yang dia sedar bahawa ada beberapa peserta amatur yang menipu dalam perlumbaan maraton.

Namun dia memilih untuk tidak mengambil tahu kerana mereka membayar yuran penyertaan serta tidak ada kena mengena dengan kehidupannya.

Artikel lain: Didakwa tipu dalam Triathlon Desaru 2024, Syed Saddiq tampil kemuka bukti

Engku Emran nyatakan Komuniti Strava pasti akan cari juga

Tetapi, Engku Emran menyatakan yang Komuniti Strava sentiasa akan memburu sesetengah pihak yang cuba memanipulasi keputusan memandangkan ia tidak sama seperti di dalam parlimen.

“Komuniti Strava akan memburu anda ke dalam lubang arnab jika anda berbuat demikian kerana tidak seperti di parlimen, masyarakat adalah tentang mempunyai prinsip moral yang kukuh,” tulisnya di ruangan kapsyen dengan menyertakan sekali gambar anak perempuannya, Engku Aleesya sewaktu menyertai acara triatlon kanak-kanak.

Syed Saddiq mohon maaf, akan perbaiki kesilapan

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 30 telah memohon maaf kepada komuniti triatlon susulan tularnya pendedahan daripada individu tidak dikenali berhubung kemenangan tempat ketiga ahli parlimen tersebut dalam acara yang disertai walaupun tidak menghabiskan perlumbaan.

Dalam posting terbarunya, Syed Saddiq mengakui kesilapan dan akan memperbaikinya lagi di masa hadapan memandangkan beliau amat menyintai sukan berkenaan.

engku emran

Sumber: Instagram Syed Saddiq, narumkamek