Erma Fatima dah tiada nafsu, minta Rosyam Nor simpan niat suruh kahwin dengan Fattah Amin

Erma Fatima dah tiada nafsu, minta Rosyam Nor simpan niat suruh kahwin dengan Fattah Amin

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima dah tiada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuk aktor Fattah Amin.

Erma berkata demikian ketika membalas kenyataan dibuat rakan selebriti, Datuk Rosyam Nor yang berseloroh dan mencadangkannya berkahwin dengan Fattah Amin.

Cadang Rosyam dengan nada seloroh, Fattah yang kini bergelar duda sejak bercerai dengan Nur Fazura 7 Oktober lalu boleh mengahwini Erma yang juga merupakan seorang janda.

“Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.
“Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam dalam video yang tular baru-baru ini.

Instagram will load in the frontend.

Erma Fatima dah tiada nafsu

Menerusi perkongsian di Instagram adiknya, Datin Paduka Umie Aida, Erma menegaskan nafsunya untuk berkahwin sudah tertutup tidak kiralah seseorang itu ‘panas di pasaran’ atau sebaliknya.

“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak.
“Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau Rosyam,”jawabnya.

Artikel lain: Fattah Amin cari wanita bujang dan beradab, netizen petik nama Amira Othman

Difahamkan, ketika ini Umie dan Fattah sedang terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Sumber: IG umieaida9

Scroll to Top