Erra Fazira tiada masalah kalau jodoh bukan Melayu – “Sentiasa alu-alukan”

Erra Fazira tiada masalah kalau jodoh bukan Melayu – “Sentiasa alu-alukan”

Primadona filem Melayu, Erra Fazira tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang bukan dalam kalangan berbangsa Melayu.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Fazira Wan Chek itu berkata, sebuah perhubungan terjalin dengan seseorang bukan Muslim mungkin boleh menjadi asbab bagi mereka mendekati agama Islam.

“Saya tak ada masalah untuk berkawan atau berkahwin dengan bangsa lain, sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan orang Melayu.
“Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam,” katanya.

Malah, penyanyi berusia 47 tahun itu juga menyifatkan mungkin mereka yang mendekati dirinya kerana mahu mendalami budaya berbeza.

Penyanyi lagu Hanya Dimata itu memberi kenyataan tersebut selepas diminta mengulas berhubung filem terbarunya Kongsi Raya yang mengisahkan percintaan berbeza bangsa iaitu Melayu dan Cina.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman) , Instagram Erra Fazira

Scroll to Top