Euro: Claesson wira Sweden atasi Poland

Euro: Claesson wira Sweden atasi Poland

ST PETERSBURG: Viktor Claesson memastikan kemenangan buat Sweden untuk menjuarai Kumpulan E selepas mengatasi Poland 3-2 di Stadium St Petersburg.

Emil Forsberg meledak dua gol dengan gol pembukaan hadir hanya 81 saat selepas sepak mula, tetapi dua gol Robert Lewandowski memberikan harapan buat Poland untuk mara ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun jaringan dalam masa kecederaan Claesson melenyapkan harapan Poland, manakala Sweden muncul juara kumpulan.

Sweden kendalian Janne Andersson bakal bertemu Ukraine dalam pusingan kalah mati.

Jaringan Forsberg adalah gol kedua terpantas dalam sejarah Kejuaraan Eropah. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top