COPENHAGEN: Mikkel Damsgaard memuji rakan sepasukan Denmark selepas menundukkan Russia 4-1 yang membantu mereka mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 selepas melalui perjalanan berliku di awal kejohanan.
Pemain sayap Sampdoria, Damsgaard membuka jaringan perlawanan pada lewat babak pertama di Stadium Parken di sini, selepas Denmark menjamin keputusan mereka, selain harus berterima kasih kepada kemenangan Belgium ke atas Finland yang membenarkan barisan kendalian Kasper Hjulmand itu menamatkan saingan Kumpulan B di tangga kedua.
“Ia sesuatu yang agak gila apabila kami mara. Pasukan itu dan pemain ini (Denmark).
“Ia sesuatu yang menarik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini, sungguh menakjubkan apabila semua orang gembira,” kata Damsgaard.
Pemain berusia 20 tahun itu dipilih menyertai skuad untuk mencipta gerakan menarik buat Denmark dengan ketiadaan Christian Eriksen, pemain yang rebah ketika aksi pembukaan menentang Finland.
“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan besar seperti ini, jadi ia satu perasaan yang menakjubkan,” katanya.
Denmark selepas ini dijadual bertemu Wales di Amsterdam pada Ahad ini. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




