EURO: Itali atasi Austria selepas masa tambahan

EURO: Itali atasi Austria selepas masa tambahan

LONDON: Itali mara ke suku akhir saingan Euro 2020 selepas mengatasi Austria, 2-1 dalam masa tambahan di Stadium Wembley, di sini, sebentar tadi.

Federico Chiesa dan Matteo Pessina meledak pada pembukaan tambahan masa untuk memberikan kelebihan buat Itali.

Austria bagaimanapun mendapat satu gol pada minit ke-114 menerusi Sasa Kalajdzic namun gagal menemui jaringan penyamaan.

Pada kelompok lapan terakhir, skuad kendalian Roberto Mancini akan berdepan sama ada penyandang gelaran, Portugal atau Belgium di Munich pada 2 Julai. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top