EURO: Switzerland intai slot ketiga terbaik

EURO: Switzerland intai slot ketiga terbaik

BAKU: Pemain tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Turki, sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasukan itu perlu menunggu sama ada boleh layak ke pusingan 16 terakhir Euro 2020 sebagai satu daripada empat pasukan terbaik tangga ketiga.

Wales mara selepas muncul naib juara Kumpulan A dengan bergantung harap kepada kelebihan perbezaan jaringan apabila tumpas 0-1 kepada Itali.

Gol Shaqiri yang juga pemain Liverpool hadir selepas Haris Seferovic membuka jaringan pada separuh masa pertama dan gol tunggal Turki untuk kejohanan kali ini disumbangkan Irfan Kahveci.

Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic melakukan dua perubahan selepas tumpas kepada Itali Khamis lalu, termasuk memberi peluang Steven Zuber membuat penampilan pertama pada kejohanan berkenaan.

Percubaan rendah Seferovic pada minit keenam berjaya menumpaskan penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir dan 20 minit kemudian hasil rembatan lencong Shaqiri.

Selepas sejam perlawanan, Kahveci merapatkan jurang dengan rembatan kaki kiri menuju ke penjuru gawang dan ia adalah gol sulungnya di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Switzerland menambah satu lagi jaringan enam minit kemudian selepas menerima hantaran dari Zuber dan ia terjadi melalui serangan balas pantas. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top