ROM: Wales melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir saingan Euro 2020 sebagai naib juara kumpulan walaupun tewas 1-0 kepada Itali dalam aksi Kumpulan A, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Switzerland perlu menunggu sama ada mereka layak ataupun sebaliknya selepas menewaskan Turki 3-1.
Gol tunggal pemain tengah Itali, Matteo Pessina, menyaksikan skuad Azzurri akan menentang naib juara Kumpulan C pada pusingan berikutnya dengan Wales akan bertemu pasukan di kedudukan kedua Kumpulan B.
Pemain tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol di Baku, yang boleh layak sebagai satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik selepas menamatkan kedudukan bersama Wales dengan mata. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




