EURO: Wales jinak Turki di Baku

EURO: Wales jinak Turki di Baku

BAKU, Azerbaijan: Jaringan Aaron Ramsey dan Connor Roberts membantu Wales menghampiri pusingan 16 terakhir singan Euro 2020 selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Turki di Stadium Olimpik di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan Turki mengalami kekalahan dalam kedua-dua perlawanan saingan Kumpulan A tanpa meledak sebarang gol.

Wales yang mara ke separuh akhir lima tahun yang lalu, seharusnya menang dengan lebih bergaya, namun mensia-siakan beberapa peluang termasuk kegagalan kapten mereka, Gareth Bale menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua.

Tiga mata berharga yang diraih itu meletakkan Wales di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul empat mata selepas terikat 1-1 dengan Switzerland pada aksi pertama. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top