“Ex Saya Pernah Cakap Saya Anak Angkat, Hashtag Benci” – Diana Danielle Dedah Kisah Silam Menyedihkan

“Ex Saya Pernah Cakap Saya Anak Angkat, Hashtag Benci” – Diana Danielle Dedah Kisah Silam Menyedihkan

Perkongsian terkini pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle mencuri perhatian ramai apabila dia mendedahkan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya dipercayai bersama bekas kekasih.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkongsi soalan kepada pengikutnya: “Apa satu perkara yang bekas kekasih anda pernah lakukan yang anda tak boleh lupakan sampai sekarang?”

Dalam pada itu, Diana turut membuka kisah peribadi apabila seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya menyebarkan dakwaan tidak benar tentang dirinya.

“Apa benda yang ex korang pernah cakap yang korang takkan boleh lupa? My ex once told people that my mom wasn’t my mom and that I was adopted,” tulisnya sambil menyertakan tanda pagar #bencibencibenci.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk rakan selebriti seperti model sensasi Zahnita Wilson, yang turut berkongsi pengalaman pahitnya bersama bekas pasangan.

Zahnita mendakwa individu berkenaan pernah mengugut bahawa hidupnya akan menjadi sengsara jika dia berani meninggalkan lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet turut tampil berkongsi kisah dan pengalaman menyakitkan yang pernah mereka lalui bersama bekas kekasih yang meninggalkan kesan emosi mendalam sehingga ke hari ini.

Scroll to Top