Seorang EXCO kerajaan negeri yang kini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan tugasnya seperti biasa.
Kes EXCO Terengganu ditahan SPRM
Menurut laporan BH Online, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendirian kerajaan negeri kekal berlandaskan prinsip perundangan iaitu seseorang individu dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah menerusi proses perbicaraan yang adil di mahkamah.
“EXCO kekal dan (tugas) berjalan seperti biasa. Mengikut prinsip undang-undang, seseorang belum bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh perbicaraan yang adil,” katanya hari ini.
Foto arkib: NSTP
Semalam, media melaporkan EXCO terbabit dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi hari ini.
Artikel lain: Dah lama tertangguh, kos meningkat! Terengganu tuntut komitmen kerajaan projek LPT3
Ahmad Samsuri memaklumkan, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melalui proses undang-undang yang sewajarnya dan beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.
“Biar undang-undang tentukan. Saya tiada komen lanjut. Beliau berhak mendapat perbicaraan yang adil, sama seperti kita semua. Itulah prinsip keadilan,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan SPRM Terengganu menahan seorang EXCO kerajaan negeri atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dengan mengarahkan supaya dua anaknya ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Difahamkan, individ tersebut dipercayai menggunakan jawatannya sebagai EXCO serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mempengaruhi pengambilan kedua-dua anaknya di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.
Sumber: BH Online (Nurhanim Osman)



