Terkini! Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu Datuk Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di atas pertuduhan salah guna kedudukan demi kepentingan ahli keluarga sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Hanafiah Mat bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Exco Terengganu dituduh salah guna kuasa dapatkan suapan untuk anak
Beliau turut memohon agar kes tersebut dibicarakan. Hanafiah yang memegang portfolio Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu serta ADUN Chukai berdepan dua pertuduhan berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd untuk mendapatkan suapan bagi anaknya, Mohd Najmi Hanafiah pada 15 Ogos 2020.
Pertuduhan kedua pula menyebut perbuatan sama dilakukan pada 18 Jun 2020 bagi mendapatkan suapan untuk seorang lagi anaknya, Ahmad Kamil Hanafiah.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Pejabat EPIC Berhad, Bangunan Annexe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, Kemaman.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Jaminan dikurangkan kepada RM30,000

Pihak SPRM sebelum ini memohon jaminan RM50,000, namun mahkamah menetapkan jumlah RM30,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai.
Pssttt! Isu melibatkan Exco Terengganu salah guna kedudukan ini pastinya menimbulkan persoalan tentang amanah dan tanggungjawab pemimpin. Apa pun, proses perundangan perlu dihormati dan biarlah mahkamah menentukan keputusan yang adil.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




