Eyka, ‘Talent’ Ammar Nazhan Dedah Apa Yang Terjadi Kepadanya Sewaktu ‘Content’ 3 Hari Hilang Berlangsung | Oh! Media

Eyka, ‘Talent’ Ammar Nazhan Dedah Apa Yang Terjadi Kepadanya Sewaktu ‘Content’ 3 Hari Hilang Berlangsung | Oh! Media

Pempengaruh wanita, Eyka akhirnya mendedahkan perkara sebenar di sebalik kontroversi ‘kehilangannya’ di hutan Bandung, Indonesia.

Dalam podcast bersama Caprice, Eyka mengaku dia dipaksa untuk menyertai content YouTuber sensasi, Ammar Nazhan kerana takut akan keselamatan dirinya.

Saya dipanggil oleh dua orang dan diberitahu bahawa saya perlu hilang selama tiga hari. Saya terkejut, tapi saya tak berani kata ya atau tidak kerana saya dikelilingi lelaki.

Eyka sebenarnya pulang ke penginapan

eyka hilang

Sepanjang ‘kehilangannya’, Eyka sebenarnya tidak benar-benar hilang tetapi hanya pulang ke tempat penginapan seperti biasa.

Saya tak sangka insiden ini jadi kecoh di Malaysia dan Indonesia. Hari kedua baru saya beritahu keluarga bahawa ini hanya content.

Ambil keputusan pulang ke Malaysia

Eyka Ammar Nazhan

Selepas ‘ditemui’, Eyka sedar situasi tersebut sudah keterlaluan dan segera menempah tiket pulang ke Malaysia.

Malam saya dijumpai tu, esoknya saya terus rasa tak boleh terlibat lagi. Saya terus book flight balik Malaysia.

Eyka juga tampil memohon maaf kepada keluarga dan orang ramai kerana menyebabkan kekecohan.

Saya nak minta maaf pada semua, terutama keluarga saya. Selepas ini saya akan hasilkan content yang lebih bermanfaat.

#ApaKataOhmedia

Populariti di media sosial memang penting, tapi jangan sampai menjejaskan keselamatan dan maruah sendiri. Pilih content yang berfaedah, kerana sekali tersilap langkah, kesannya boleh berpanjangan!


Scroll to Top