EZ Qurban kekal tawar harga korban berpatutan

EZ Qurban kekal tawar harga korban berpatutan

amir_hamid@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga minyak dan barangan asas, ramai mula merancang perbelanjaan lebih awal termasuk bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini.

Namun, EZ Qurban Sdn Bhd (EZ Qurban) terus komited mengekalkan harga pakej korban yang berpatutan bagi musim 1447H / 2026 demi membantu umat Islam menunaikan ibadah dengan lebih tenang dan yakin.

Pegawai Syariah EZ Qurban, Ustaz Mohd Amirul Kamarudin berkata, pihak syarikat memahami cabaran ekonomi yang sedang dihadapi masyarakat ketika ini.

“Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan ibadah korban kekal mampu disertai oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun berlaku peningkatan kos logistik global termasuk harga minyak dan barangan asas, EZ Qurban berusaha sedaya mungkin mengekalkan harga yang serba jimat dan berbaloi.

“Ini sebahagian daripada komitmen kami untuk memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah korban setiap tahun,” katanya.

Bagi musim korban tahun ini, katanya, EZ Qurban menawarkan satu bahagian pakej Korban Global pada harga RM330 (harga biasa) dan RM299 untuk promosi ‘early bird’, manakala Korban Lokal ditawarkan pada harga RM765 (harga biasa) dan RM750 untuk ‘early bird’. Tawaran harga istimewa ini sah sehingga 15 Mei ini.

Katanya, usaha mengekalkan harga kompetitif ini bukan sesuatu yang mudah dalam situasi ekonomi semasa, namun pihak syarikat melihatnya sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Kami sendiri merasai beban kenaikan kos yang ditanggung rakyat Malaysia hari ini. Sebab itu EZ Qurban cuba sedaya mungkin menawarkan perkhidmatan terbaik dengan harga yang masih mampu disertai ramai, tanpa menjejaskan kualiti pelaksanaan ibadah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, EZ Qurban menegaskan bahawa aspek pematuhan syariah dan kualiti pengurusan tetap menjadi keutamaan utama.

Katanya, sebagai pemegang sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014, syarikat terus memastikan setiap proses pelaksanaan korban dilaksanakan secara telus, sistematik dan mengikut garis panduan syariah yang ditetapkan.

“Pensijilan ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi amanah besar untuk kami memastikan setiap ibadah korban dilaksanakan dengan sempurna walaupun berdepan cabaran ekonomi global,” katanya.

Katanya, EZ Qurban turut menggalakkan orang ramai membuat perancangan awal penyertaan korban bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada saat akhir serta menikmati tawaran harga promosi yang lebih menjimatkan.

“Dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, integriti dan kebajikan umat Islam, EZ Qurban optimis ibadah korban tahun ini tetap dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, teratur dan penuh keberkatan walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top