Ezzanie Jasny cedera di kepala dalam kemalangan jalan raya

Ezzanie Jasny cedera di kepala dalam kemalangan jalan raya

georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pelakon Ezzanie Jasny mengalami kecederaan pada kepalanya selepas terbabit kemalangan jalan raya bersama kedua ibu bapanya dipercayai berlaku malam tadi.

Ezannie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, berkongsi dia bersyukur ibu bapanya selamat manakala keadaan dirinya masih belum pulih sepenuhnya kerana kecederaan kepala itu.

“Saya terbabit dengan kemalangan bersama ibu bapa saya semalam. Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat tetapi keadaan saya belum baik sepenuhnya.

“Saya mengalami kecederaan pada kepala dan saya masih tidak pasti apa yang berlaku,” katanya menerusi hantaran dibuat di instagram story (Instastory).

Menurut pelakon drama Dia Bukan Syurga itu, dia masih menanti keputusan doktor berkenaan tahap kecederaan menimpanya.

Menerusi perkongsian sama, Ezzanie turut memohon doa orang ramai agar dia dan keluarganya segera diberi kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Bagaimanapun Ezzanie tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai kemalangannya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top