Pelakon, Fadlan Hazim meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk beraksi dalam muzik video (MV) lagu Magis milik penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza.
Menerusi sebuah potongan video di TikTok miliknya, Fadlan memuat naik video belakang tabir memaparkan momen dia ‘berlawan’ dengan pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa itu.
Dalam perkongsian tersebut, Fadlan menganggap pengalaman tersebut satu perkara yang amat berharga, selain turut memuji ketangkasan aksi Siti melakukan pergerakan seni mempertahankan diri.
“Pengalaman berharga dapat berlawan dengan Datuk Siti dalam MV Magis. Kalau tertendang Datuk Siti mesti satu Malaysia serang aku.
“Apapun, gerakan aksi Datuk siti memang hebat,” katanya.

Sementara itu, Fadlan turut mendedahkan dia pernah menjadi salah seorang penari latar bagi persembahan Siti.
“Fun fact: Dulu saya pernah jadi backup dancer Datuk Siti,” tulisnya di kapsyen.
@fadlanhazim Fun fact: Dulu saya pernah jadi backup dancer Tokti🕺🏻😆 #fyp #foryou #sitinurhaliza #tokti
Sekadar info, lagu Magis itu merupakan runut bunyi bagi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Siti dalam satu hantaran di Instagram sebelum ini berkata beliau hanya sempat mempelajari pergerakan aksi tersebut di lokasi penggambaran bersama guru seni pertahankan diri.




