Fadlan Hazim Kongsi Kisah Lucu Isteri Berpaling Muka, Dua Hari Tak Bagi Cium Lepas Cukur Jambang

Fadlan Hazim Kongsi Kisah Lucu Isteri Berpaling Muka, Dua Hari Tak Bagi Cium Lepas Cukur Jambang

Pelakon, Fadlan Hazim berkongsi kisah lucu isteri tercintanya, Aiya Mukhamedsalova yang enggan memberi ciuman, malah memalingkan wajah setiap kali bertentang mata gara-gara membuang jambang di wajahnya.

Ketika ditemui, Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anuwar, 33, isterinya yang juga wanita Kazakhstan menjelaskan isterinya lebih menggemari wajahnya mempunyai jambang.

“Dua hari tak dapat cium isteri. Dia siap tak nak pandang muka saya bila bagi makanan sebab dah tak ada jambang. Memang itu cita rasa dia, suka lelaki ada jambang. Sekarang dia dah boleh terima tapi dia lagi suka kalau ada sikit jambang macam,” katanya.

Fadlan berkongsi cerita ketika ditemui di majlis doa selamat filem seram Nar’Sata: Sekutu Setan, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, aktor drama Khilaf Yang Tertulis ini merupakan ini kali pertama dia membuat mencukur bersih wajahnya sejak mengenali isterinya itu.

“Selalunya saya simpan jambang. Kalau cukur pun sebab watak. Tapi kali ni saya cukur sebab saja-saja nak buat ‘content’. Tambah pula dah rasa gatal sangat sebab lama sangat simpan jambang,” katanya.

Namun begitu, Fadlan berkata dia mula merasai janggal selepas membuat keputusan untuk mencukur jambang kerana wajahnya menampakkan dua tona warna berbeza.

“Dah lama tak cukur, sekali cukur terus pelik. Bahagian atas muka nampak gelap, kawasan jambang pula nampak cerah. Tu yang buat saya sendiri rasa macam tak kena,” katanya.

Sekadar info, Fadlan dan Aiya sah bergelar suami isteri pada Julai 2023 selepas mengikat tali pertunangan pada Oktober 2022.

Scroll to Top