Pelakon, Aiman Hakim Ridza menerima pujian ramai apabila mengakui dia tidak gemar menghadiri acara hiburan, sebaliknya lebih suka meluangkan masa bersama keluarga.
Menerusi platform Threads, seorang individu mencuri tumpuan apabila dia menyifatkan suami kepada pelakon, Zahirah Macwilson itu seorang jejaka yang amat memahami maksud kekeluargaan.
“Sebab Aiman faham apa itu keluarga. Seorang suami yang ‘function’ dan gentleman,” katanya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menyifatkan Aiman seorang suami yang tidak pernah memaksa isterinya, Zahira untuk bekerja.
“Bukan paksa isteri bekerja cari duit jadi duta sana sini,” katanya membalas laporan berita hiburan berkenaan Aiman.

Bagaimanapun, kenyataan individu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mendakwa dia menyindir pasangan selebriti kini hangat menjadi tumpuan ramai.




