Pelakon jelita, Nora Danish, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa video pendek di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Nora memaklumkan dia memiliki pelbagai koleksi kasut bertumit tinggi jenama antarabangsa yang kini sudah jarang digunakan.
Justeru, Nora meluahkan hasrat untuk menjual sebahagian kasut peribadinya bergantung kepada pilihan para pengikut dan peminat yang berminat untuk memilikinya.
Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif, 43, turut terdetik untuk melakukan hal tersebut selepas menghadiri kelas agama.
Jelasnya, dia tidak mahu menjadi antara golongan yang akan diazab di neraka kelak dek kerana menghitung harta lebih daripada Allah.
“Harini tak ada buat apa, jadi kita ulang kaji semula apa yang kita belajar tadi, buka lah surah Al-Humazah yang menceritakan tentang golongan pengumpat dan pengkeji ini yang akan dimasukkan ke dalam neraka khas iaitu neraka Al-Khutamah dan neraka A-Jahim.
“Ini termasuklah golongan yang menghitung harta lebih daripada Allah. Jadi saya refleks balik dekat diri Nora. Apa yang kita tak pakai apa semua. Jadi kita let go sahaja.
“Nanti kita gunakan duit itu untuk beli benda baru yang kita perlukan atau bersedekah. Mana-mana yang bersesuaian dengan kita,” ulasnya.




