Pereka grafik dan aktivis kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi jadi perhatian ramai selepas mendakwa dirinya tidak dibenarkan memasuki Sabah.
Perkara itu didedahkan sendiri menerusi Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Disekat di lapangan terbang Kota Kinabalu…

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Fahmi menerima satu dokumen rasmi Notis Penolakan Masuk.
Dia kemudian diarahkan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur serta-merta.
Fahmi mendakwa tindakan itu bukan keputusan pihak imigresen semata-mata, sebaliknya atas arahan ‘orang atas’ dari kerajaan negeri.
Saya tak dibenarkan masuk Sabah atas arahan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Tiada penjelasan lanjut setakat ini…

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan negeri Sabah mahupun Jabatan Ketua Menteri bagi mengulas lanjut berhubung tindakan tersebut.
Fahmi sebelum ini sering terlibat dalam pelbagai aktiviti seni grafik yang menyindir golongan berkuasa. Tidak dinafikan, beliau mempunyai pengaruh besar di media sosial, tapi juga sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Pssttt! Apa jua pendirian kita terhadap Fahmi Reza, tindakan melarang seseorang masuk ke negeri dalam negara sendiri pasti timbulkan persoalan. Adakah kerana kontroversi? Atau ada isu keselamatan? Apa pun alasannya, penjelasan rasmi diperlukan supaya rakyat tak terus berteka-teki.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!