Bintang bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim masih menyimpan rasa kasih terhadap isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, serta berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan.
Memetik Harian Metro, peguam mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin berkata anak guamnya terpaksa meneruskan proses penceraian selepas isterinya memfailkan kes ke mahkamah.
BACA: “Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan” – Isteri Faisal Halim
“Faisal masih sayangkan isteri dan rumah tangganya. Jika diikutkan, bukan Faisal mahu lafazkan cerai namun bila isterinya failkan kes ke mahkamah terpaksalah Faisal selesaikannya mengikut saluran terbabit.
“Difahamkan, Faisal pernah melafazkan ceraikan pada 15 Jun dan rujuk semula sehari kemudian.
“Kita perlu selesaikan perkara itu (lafaz talak luar mahkamah) sebelum beralih ke kes terbaharu yang difailkan isterinya,” katanya.
Sementara itu, Akberdin berkata pergolakan rumah tangga Faisal tidak pernah berpunca daripada populariti atau kesibukan sebagai pemain bola sepak.
“Bukan disebabkan populariti atau kesibukan sebagai pemain bola menyebabkan rumah tangga Faisal bergolak kerana sebagai isteri mesti suka apabila suaminya popular.
“Seperti yang difailkan oleh isterinya adalah disebabkan tiada persefahaman antara mereka menyebabkan kes difailkan ke mahkamah,” katanya.
Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki.
Sumber: Harian Metro




