Faizal Hussein Anggap Isu Badan Berbau Tak Perlu Diperbesar

Faizal Hussein Anggap Isu Badan Berbau Tak Perlu Diperbesar

Oh! Artis

Faizal Hussein anggap isu pelakon berbau normal memandangkan seharian di set.


Baru-baru ini tular luahan seorang pelakon wanita mengenai bau badan rakan sekerja ketika shooting. Bau badan membuatkan Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas!

BACA: “Kalau Saya Kepam, Tolong Beritahu” – Aktres Ini Dedah Ada Pelakon Kacak Tapi Berbau

Menjawab kepada isu itu, pelakon popular Faizal Hussein berpendapat, ianya tidak perlu dijadikan isu besar apatah lagi dikongsi kepada umum.

Memetik laporan Kosmo!, Faizal mengakui sudah banyak kali melalui situasi sama sepanjang kerjayanya namun memilih untuk bersikap profesional.

“Hadap dan hadam je”

Faizal Hussein

Menurut pelakon ini lagi, isu bau badan bukan satu dosa besar dan tidak sepatutnya dijadikan bahan perbualan umum.

Benda tu saya simpan sendiri. Saya jenis orang, kalau saya tak suka seseorang, orang itu takkan tahu. Hadap dan hadam sahaja. Mungkin sebab itu juga bayaran saya mahal.

Baginya, bau badan adalah normal dan memberi contoh apabila pergi solat Jumaat atau bau mulut ketika berpuasa.

“Tak semua perkara kena beritahu satu dunia”

Faizal Hussein

Faizal menyeru semua pihak agar lebih matang dan menyimpan rasa tidak selesa itu untuk diri sendiri.

Beliau turut menyelar sikap segelintir artis yang membesar-besarkan perkara remeh semata-mata untuk mencari publisiti.

Beliau menasihati para pelakon supaya menjaga imej dengan baik jika mahu bertahan lama dalam industri.

Pssttt! Kalau berbau sampai buat orang lain tak selesa tak boleh juga kan? Pandai-pandai la jaga kebersihan diri.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top