Fakta Saifuddin berkenaan DAP salah – Utusan Digital

PETALING JAYA: Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa DAP sebuah parti yang menjunjung agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan Bumiputera adalah salah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, daripada pembacaannya terhadap perlebagaan DAP, tidak ada satu pun ditemukan perkataan ‘Melayu’, ‘Islam’ dan ‘Raja-Raja’.

“Saya berlapang dada dan mencari perlembagaan DAP seperti di sarankan oleh Datuk Saifuddin Nassution, untuk saya lebih mengenal DAP dimana Saifuddin mengatakan DAP ini sebagai Parti yang menjunjung Agama Islam, Bahasa Melayu dan Keistimewaan Bumiputera.

“Setelah mencari dan membaca Perlembagaan DAP, tidak ada satu perkataan pun ditulis “Melayu” “Islam” dan “Raja-Raja”.

“Apa yang lebih merisaukan perkataan ditulis adalah “Memulihkan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka kerja yang Asal”, ini bermaksud, DAP menolak Perlembagaan yang sedia ada,” kata Razlan dalam satu kenyataan.

Oleh itun kata Razlan, beliau tidak pasti kenapa Saifuddin sanggup mengelirukan pendengar Nrchanneltv.net dengan fakta yang tidak benar dan palsu berkenaan DAP.

Katanya, pembaca boleh mendengarkan sendiri kenyataan Saifuddin itu di saluran tersebut.

“Sekira Datuk Saifuddin belum lagi membaca perlembagaan DAP, saya nasihatkan beliau baca dan hadam apa yang DAP perjuangkan selama ini,” katanya.

Scroll to Top