Faktor Obesiti

Lifestyle: Menurut My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, obesiti didefinisikan sebagai satu keadaan yang kompleks dimana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan.
Persoalannya kini adalah apakah faktor penyumbang kepada obesiti? Justeru, berikut adalah 7 faktor risiko obesiti:

1) Aktiviti fizikal

Kurang membuat aktiviti fizikal serta tidak menjaga pemakanan adalah punca yang sangat penting dalam peningkatan obesiti.

2) Faktor psikologi

Ramai individu yang makan secara berlebihan apabila mengalami tekanan serta ketidakstabilan emosi.

3) Umur

Peningkatan usia akan mengakibatkan kadar metabolisma menurun. Justeru, kenaikan berat badan akan ketara meskipun tiada sebarang pertukaran dan penambahan kepada tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

4) Jantina

Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding dengan lelaki. Ia disebabkan wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kaum lelaki yang mempunyai kadar metabolism yang tinggi. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai monopos.

5) Penyakit

Walaupun tidak kerap, obesiti boleh terjadi kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang mengakibatkan pesakit makan secara berlebihan.

6) Ubat-ubatan

Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

7) Faktor keturunan

Sumber: My Health KKM

Akmal Hakim
Lifestyle Desk

Scroll to Top