FAM Masih Tangguh Kongres Tahunan Ke-61 | Oh! Arena – Oh! Media

FAM Masih Tangguh Kongres Tahunan Ke-61 | Oh! Arena – Oh! Media

Oh! Arena

FAM masih belum tetapkan tarikh Kongres Tahunan Ke-61 kerana fokus selesaikan kes FIFA di CAS. Isu dalaman terus jadi perhatian.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menetapkan tarikh Kongres Tahunan Ke-61 kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada kes melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang kini sedang dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut laporan Kosmo, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi menjelaskan sebagai badan induk bola sepak negara, FAM sememangnya wajib mengadakan kongres setiap tahun, namun kongres pemilihan hanya berlangsung setiap empat tahun sekali.

Fokus selesaikan isu FIFA dahulu

Fifa

Menurut Mohd. Yusoff, sebarang perancangan lebih rapi hanya boleh dibuat selepas kes membabitkan FIFA diselesaikan sepenuhnya.

Kongres setiap tahun kena ada, tetapi kongres pemilihan hanya empat tahun sekali. (Buat masa ini) masih belum ada tarikh kerana kita kena selesaikan masalah (FIFA) yang berlaku dahulu.

Selepas ini, baru kita ‘clear’ (perancangan jelas) untuk lihat apa yang nak buat kemudian. Bila-bila masa boleh buat (mengenai tarikh kongres).

2026 jadi tahun ‘reset’ FAM

Fam Harimau Malaya

Sebelum ini, Kosmo juga melaporkan bahawa tahun 2026 wajar dijadikan titik permulaan baharu buat FAM untuk melakukan perubahan total dalam usaha memulihkan maruah badan induk bola sepak negara itu.

Polemik FAM bukan isu baharu apabila ia bermula dengan drama ‘surat layang’ pada April 2024, sebelum memuncak dengan isu besar membabitkan FIFA pada September lalu, sekali gus menarik perhatian ramai termasuk di peringkat antarabangsa.

Antara cadangan yang dikemukakan pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, adalah supaya Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan semula pada kongres akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Yusoff turut mengambil langkah proaktif apabila membuat laporan polis, selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas siasatan mereka selesai minggu lalu.

Pssttt! Isu berpanjangan hanya akan menjejaskan kepercayaan peminat. Ketelusan, keberanian berubah dan kepimpinan berintegriti amat penting demi masa depan bola sepak negara.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top