
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat. Gambar kecil: Noor Azman
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum melakukan ‘post mortem’ susulan kegagalan skuad Harimau Malaya menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini.
Sebaliknya Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk itu menyerahkan sepenuhnya kepada pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon untuk melihat dan mengkaji kelemahan yang terdapat dalam skuad negara sebelum menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 pada bulan depan dan Piala Asia pada Januari.
“Belum ada lagi (post mortem). Itu kita serahkan kepada Pan-gon,” katanya kepada media selepas sidang akhbar pelancaran program Road To Doha sempena Piala Asia 2023 pada Jumaat.
Pada aksi Pestabola Merdeka itu, Harimau Malaya berjaya menundukkan India 4-2 dalam perlawanan pertama sebelum tumbang di tangan Tajikistan pada aksi final sekali gus gagal mencapai sasaran Pan-gon untuk menjuarai kejohanan itu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.



