Famili Duo 4: Minggu Ke-2 Milik Ayie & Salma, Juri Siap Bagi Standing Ovation! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Famili Duo 4: Minggu Ke-2 Milik Ayie & Salma, Juri Siap Bagi Standing Ovation! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Persaingan Famili Duo 4 menyaksikan pasangan sepupu, Ayie Elham (Floor 88) dan Salma Asis yang membawa lagu Bujang Senang, Joget Siapa Dia & Joget Berhibur nyanyian asal Wings, Wann dan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendahului pertandingan dengan meraih 68.8 peratus markah di minggu kedua yang bertemakan tradisional.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton menerusi portal Tonton, Ayie dan Salma berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Tomok dan Sharul Kamal yang menyampaikan lagu Cindai, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih markah sebanyak 62.3 peratus.

Membawakan lagu Layang-Layang Terputus Talinya & Hingga Akhir Nanti nyanyian asal Alleycats, Naqiu dan Joey Daud meraih tempat di tangga ketiga dengan markah sebanyak 62.1 peratus.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh enam peserta Famili Duo 4 di minggu kedua:

1. Ayie Elham & Salma Asis – Bujang Senang, Joget Siapa Dia & Joget Berhibur 68.8%
2. Tomok & Sharul Kamal – Cindai 62.3%
3. Naqiu & Joey Daud – Layang-Layang Terputus Talinya & Hingga Akhir Nanti 62.1%
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir – Laksamana Raja Di Laut 62%
5. Zahid & Anne – Hijau 47.1%
6. Didi Astillah & Thamiera Chan – Ngajat Tampi & Anak Kampung 45.8%

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Scroll to Top